Wednesday, October 15, 2014

Sekeping Gambar Seribu Tafsiran SK Komplek Seberang Takir

Gambar ini telah diambil pada  16 Oktober 2014 (pukul 10 pagi) 
di Dewan Sekolah SK Kompleks Seberang Takir.Murid diajar dan dilatih
untuk menunaikan solat Dhuha dengan disiplin sendiri tanpa kawalan guru.
Mereka menunaikan sembahyang dengan tertib dan teratur
Selepas sembahyang murid mengemaskan sendiri tikar sembahyang
.Saya secara kebetulan berkursus di sini selama 2 hari( 15 dan 16 Oktober 2014

SYABAS...................


"......agar dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas dan jujur tanpa mempersoalkan apa yang diterima kerana kita apabila kita dikembalikan kepadanya kelak.Kita tidak ditanya APA YANG KITA DAPAT
semasa kita hidup tetapi kita akan
ditanya APA YANG KITA BUAT"


Petikan Buku yang ditulis oleh Pn Norbi Bt Husin berjudul "BRONTOK Virus yang merosakkan sesebuah pentadbiran.Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd

PANTUN TERIMA KASIH KURSUS PLUG TMK TAHUN 5 PADA 15 HINGGA 16 OKTOBER 2014

Terimalah serangkap pantung
dari kumpulan kami



Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi menolong kami,
Kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Burung helang terbangnya tinggi,
Hinggap sebentar di pohon jati,
Terima kasih saudara dan saudari,
Memberi tumpuan sepenuh hati.

Licin badan si ikan keli,
Tinggalnya di dalam perigi,
Saya hamba lemah sekali,
Terima kasih bentuan diberi,


merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri,
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
MARI KITA PAKAT MANDI
KALU ADE PLUG TMK AKAN DATANG
BULIH KITA MAIN-MAIN LAGI

TERIMA KASIH KEPADA PPDKT JURULATIH UTAMA TMK DAN SAHABAT SEMUA

Kami dari kumpulan 7

 ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada PPDKT,Jurulatih Utama Dan guru-guru

 atas kursus Plug TMK tahun 5 yang telah diadakan 

di SK Komplek Seberang Takir

 selama 2 hari bermula 15 hingga 16 Oktober 2014

DBMS yang telah digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

1-Sistem Emis Online

2-Sistem i Nilam

3- Sistem SPS

4-Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

5-Sistem Pemantauan Pengurusan ICT

6- Sistem SPPBS

7-Sistem e-SPLG

8-Sistem E-Pangkat



9-Sistem Analisis peperiksaan Sekolah


CONTOH DBMS yang biasa digunakan

1-Microsoft Access

2-dBASE111 Plus

3-Fox BASE Plus

4-Oracle

5-MS SQL Server

6-SoftBASE

7-Clipper

8-Paradox


FUNGSI DBMS

DBMS boleh dianggap sebagai
 ANTARAMUKA 
di antara
 PENGGUNA dan PANGKALAN DATA
 di mana ia membantu pengguna 
mencapai dan memanipulasi data
 yang disimpan di dalam pangkalan data

MAKSUD SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DBMS)

SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA 
ATAU DATABASE MANAGEMENT SYSTEM(DBMS)
 ADALAH SATU PERISIAN YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA

1-MENTAKRIF,
2-MENCIPTA,
3-MENYUSUN
4- MENGEMASKINI,
5-MENGURUS 
5- MENYELENGGARA PANGKALAN DATA

DBMS 
TURUT MENGAWAL CAPAIAN TERHADAP DATA DALAM PANGKALAN DATA

TUGASAN KUMPULAN 7 FUNGSI DAN CONTOH DBMS




TUGASAN KUMPULAN 7
1. Peserta dipecahkan kepada 6 kumpulan
2. Setiap kumpulan diberi satu topik dan diminta untuk membuat pembentangan menggunakan Ms PowerPoint atau apa-apa perisian persembahan.



Perbincangan kumpulan
1. Pengertian data dan maklumat.
2. Perkembangan pembangunan pangkalan data elektronik.
3.  Kelebihan dan kelemahan pangkalan data
4. Rekabentuk pangkalan data
5. Organisasi Pangkalan Data
6. Fungsi dan contoh DBMS

KEJAYAAN bukan selalu KELIHATAN di depan mata


Tuesday, October 14, 2014

AKTIVITI 4 MEMUAT NAIK BAHAN YANG SAH



Tajuk: Memuat naik bahan yang sah 
1-Taip alamat blog anda dan sing-in:
2- Paparan seperti rajah 1 di bawah kelihatan.
3- Klik pada menu New Post untuk aktiviti memuat naik gambar (rajah 2)
4-Paparan seperti gambar rajah 3 di bawah kelihatan
5-Klik pada ikon          (insert image) untuk memuat naik gambar Sila rujuk rajah 4
6-Pada paparan rajah 5, Klik butang Choose files.
7-Pilih file gambar yang perlu dimuat naik, contohnya seperti rajah 6, pilih gambar Jellyfish dalam picture library untuk muat naik ke blog.
8-Seterusnya Klik Butang Open pada rajah 7.
9-Gambar Jellyfish pada rajah 8 terpapar, kemudian Klik butang Add selected ( )
10-Seterusnya pada paparan rajah 10, Klik butang View blog
11- Akhirnya blog yang mengandungi gambar jellyfish Berjaya dihasilkan seperti rajah 11.